Episod 1
Hujan. Memang mudah untuk fikiran menerawang, hanyut di buai perasaan. Membuka tirai kenangan lama, melondehkan satu persatu, saat indah suka duka diari kehidupan lalu.
Hujan. Memang mudah untuk fikiran menerawang, hanyut di buai perasaan. Membuka tirai kenangan lama, melondehkan satu persatu, saat indah suka duka diari kehidupan lalu.
Suasana yang dingin, kelam, mengingatkan aku tentang seseorang, yang berada jauh dari pandangan mata dan hati. Seraya, mengimbas kembali detik perkenalan aku dengan Wanie, seorang gadis desa, berlesung pipit di kiri, alis mata yang cantik, dan kehalusan dalam bual bicara.
Pertemuan yang tidak ku duga. Tidak ku jangka. Kehadirannya sebelum ini langsung tidak aku sedari. Detik itu bermula dalam pertengahan tahun 2004, di mana aku sedang menghadiri kuliah Fizik, Dewan Kuliah 2, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.
Hari itu, memang berbeza. Bukan kerana itu hari jadi aku. Bukan kerana juga aku menang loteri. Tapi, berbeza kerana kerusi di bahagian hadapan aku berisi. Ada orang duduk. Sedangkan sebelum ini, memang tempat itu di kosongkan, sekaligus menjadi tempat tidur aku, Mus dan Nasir tatkala sesi pengkuliahan terasa amat membosankan.
"Siapa pulak ni, menyibuk je amik tempat kita pula".. soal Mus kehairanan. Pantas, Nasir menjawab,
"Charlie Angels agaknya".. seraya gelak kecil memecah keheningan sementara menanti ketibaan pensyarah.
"Kau berani tak sahut cabaran aku?" soal Nasir.
"Cabaran apa? Kalau setakat minta diorang beredar, boleh je.." aku memberanikan diri.
"Macamana cara kita nak tengok muka diorang? Mana tahu, boleh buat bini.. he he he" balas Nasir bersungguh.
"Alah, buat diorang marah. Mesti diorang berpaling. Tengok la puas - puas muka diorang tu.." jawabku spontan. Entah mana datangnya idea ni, tapi itu merupakan cara terbaik supaya mereka berpaling, menunjukkan wajah masing - masing.
"Kau tarik tudung dia. Aku belanja kau makan tengahari dan malam ni!!" cabar si Nasir.
Mendengar sahaja cabaran itu, lantas aku menyahutnya demi sepinggan nasi berlauk ayam goreng di salut tepung dan rempah rahsia, yang aku akan jamah tengahari ini. Tanpa berlengah, aku menarik tudung milik salah seorang gadis bertiga itu.
Terlebih kuat mungkin, hampir tertanggal tudung yang di sanggul rapi. Maka, dengan rasa marah dan malu agaknya, gadis itu pun berpaling.
"MasyaAllah!!!!!"
5 comments