Episod 3
Sungguh pun misi pertama telah berjaya, namun benak hati masih berasa gusar. Bimbang penerimaan Wanie. Gadis yang hampir di malukan. Adakah berat untuk memaafkan, adakah tidak kisah ataupun sebaliknya.
Sungguh pun misi pertama telah berjaya, namun benak hati masih berasa gusar. Bimbang penerimaan Wanie. Gadis yang hampir di malukan. Adakah berat untuk memaafkan, adakah tidak kisah ataupun sebaliknya.
Malu menghimpit rasa. Sesekali terserempak di dewan kuliah, ekor matanya seakan ingin memberitahu sesuatu. Kurang arif menerka. Lirikan senyum yang manis beserta lesung pipit halus membuai perasaan.
Ah, masakan Wanie suka di permainkan sebegitu. Atau sinisnya senyuman itu menghukum perbuatan lalu. Kawan sejolinya juga membisik - bisik, menjadikan diri seperti di hunus ribuan paku tajam. Aku tidak kuat.
Hendak di biarkan, beban yang ku galas, lantaran episod pertama yang membuatkan aku gelisah. Resah. Detik yang di saksikan puluhan mata, menyimpulkan pelbagai tanda tanya. Rugi juga andai aku melepaskan peluang bersemuka dengannya. Gadis manis yang bisa mengocak hati aku tika dia tersenyum gembira.
"Hello... ini Wanie?" bicara aku memulakan kata.
"Yea, siapa?..
Hati menggelegak, berbuih - buih menunggu masa menjadi wap. Degupan jantung melampaui kitaran normal. Aneh. Unik. Hanya mendengar suaranya, diriku seakan di langit sana, menggerbangkan sayap, mencari tempat bermalam.
"Err.. saya minta maaf hal tudung tu.. Tak sengaja, kawan tolak saya masa tu..."
"Ohh.... "
Tiba - tiba, Wanie mematikan perbualan. Selang dua minit, telefon ku berbunyi dan Wanie menghantar pesanan.
"Nanti mesej. Puan Hazami dah masuk kelas.."
Potong stim betul la Puan ni, time ni la dia nak masuk kelas pulak.. Memandangkan aku sedang berbaring di dalam bilik petang itu, maknanya aku tak masuk la kelas Fizik Puan Hazami tu... Apa pun, "nanti mesej"!!!