Episod 6
Gegaran telefon menggeletek peha. Manusia mana yang membikin onar di saat mata melayan lena. 1 pesanan di terima, dan tika aku membacanya, gelora jiwa ini bercampur samada mahu tersenyum atau mencebik muka.
"Haipp.. Awat tidoq pulak. Bangun. Belajaq!.."
Ada mata memerhatikan gerak tingkahku. Barangkali, ada hati yang merenungku. Bingkas, aku bangun membetulkan postur diri, dan sempat aku menjeling ke arah Wanie di hujung sana. Nyata, lirik senyumnya seolah berkata - kata.
Pertemuan kilat yang dirancang akhirnya berhasil. Petang itu, aku melusuri kolej bersama Wanie, tetapi bertemankan Wardah dan Nasir. Tentangan mata kali pertama membisukan kami, dan aku nyata gugup dalam situasi.
"Nasir ni siapa? Nampak macam rapat,macam dah kenal lama.." Wanie memecah hening.
"Ouh, Nasir ni sepupu saya...Kebetulan kami sama kelas.." Jawabku ringkas.
Langit mula kelam. Masa menginjak dewasa. Burung di langit berterbangan pulang ke sarang. Pertemuan ini harus di tangguhkan dan melihat ia menghampiri penghujung, aku bertanya,
"Wanie, boleh kita jumpa lagi?".....
Episod 5
Setelah berhari - hari diri ini di hujani pelbagai rasa, akhirnya ku
redah ego untuk mencuba sesuatu yang baru. Merungkai segala teka - teki yang kian lama merunsingkan aku.
Panggilan telefon aku ada tindakbalas. Wanie bercakap seolah tiada apa yang berlaku. Menghela nafas lega, lantas aku memberanikan diri untuk bercakap mengenai perkara lain. Mungkin apa yang di kata Nasir tempoh hari ada betulnya. I can do it!!
"Wanie, boleh kita jumpa petang ni?" cadang aku.
"Nak buat apa?" tindakbalas spontan yang tidak memerlukan daya pemikiran.
Aku kaku. Langkah aku silap. Terlalu awal untuk bersemuka tambahan pula hal yang hampir memalukan itu belum cukup lama untuk di lupa. Aku membatalkan niat untuk berjumpa dengannya petang itu.
Kuliah Fizik terasa lama bersiaran. Maklum saja kelas yang paling tidak di gemari, terasa lambat jam untuk berputar. Mata mula memberi isyarat, badan mula memberat. Aku satukan kerusi demi kerusi - menjadi sebuah pelantar lagaknya. Aku rebahkan badan perlahan lahan....
Tiba - tiba..
Episod 4
Mendengar
suara pertamanya, aku tergamam. 3 perkataan yang di luahkan amat besar maknanya ketika itu. Dan seperti yang di janjikan, Wanie menghantar khidmat pesanan ringkas kepada aku sebaik kelas tamat.
"Kenapa tak datang kuliah?"
Tatkala aku membaca pesanan ini, tidak tahu samada mahu tergelak, atau berasa gusar. Adakah Wanie ingin membalas dendam di bilik kuliah, ataupun mengambil berat tentang masalah yang aku hadapi? Fikiranku ligat. Mencari suatu jawapan yang setidak - tidaknya boleh menyelamatkan diri dari perkara yang tidak terduga.
"Tertidur tadi..."
"Ceh, tidoq apa? Sebelum kelas boleh pulak call?..."
Arghhh.... Kesilapan yang ketara. Kesilapan yang bukan aku mahukan. Mencari helah bukan bermakna aku takut untuk bersemuka, cuma bercelaru apa tindakannya di waktu kemudian.
Hari demi hari, waktu berlalu pergi. Meninggalkan aku dengan banyak persoalan. Kemungkinan. Adakah Wanie telah melupakan hal tudungnya di tarik? Atau bertindak dalam diam? Sempat juga aku merisik dengan Mizi kalau - kalau ada berita mengenainya. Mizi merupakan rakan kelasnya, dan aku melihat mereka sering juga belajar dalam kumpulan.
Ingin benar di hati sekali lagi berbual dengan Wanie, mana tahu permulaan ini boleh di panjangkan dalam suatu bentuk perhubungan. Perhubungan yang lebih serius. Ah, mana mungkin semudah itu! getus hati yang selalu saja mematikan niat hati yang kian tumbuh mekar hari demi hari.
"Tak cuba, tak tahu.. " Cadang Nasir. Kali kedua Nasir cuba menguji lagak hero ku.
Benar juga. Jikalau tidak di pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Pengalaman pertama mengenal Wanie dengan lagak yang hampir memalukan mungkin boleh menjadi titik mula dalam perhubungan aneh ini.
"Hello.. hai Wanie.."