Episod 4
Mendengar suara pertamanya, aku tergamam. 3 perkataan yang di luahkan amat besar maknanya ketika itu. Dan seperti yang di janjikan, Wanie menghantar khidmat pesanan ringkas kepada aku sebaik kelas tamat.
Mendengar suara pertamanya, aku tergamam. 3 perkataan yang di luahkan amat besar maknanya ketika itu. Dan seperti yang di janjikan, Wanie menghantar khidmat pesanan ringkas kepada aku sebaik kelas tamat.
"Kenapa tak datang kuliah?"
Tatkala aku membaca pesanan ini, tidak tahu samada mahu tergelak, atau berasa gusar. Adakah Wanie ingin membalas dendam di bilik kuliah, ataupun mengambil berat tentang masalah yang aku hadapi? Fikiranku ligat. Mencari suatu jawapan yang setidak - tidaknya boleh menyelamatkan diri dari perkara yang tidak terduga.
"Tertidur tadi..."
"Ceh, tidoq apa? Sebelum kelas boleh pulak call?..."
Arghhh.... Kesilapan yang ketara. Kesilapan yang bukan aku mahukan. Mencari helah bukan bermakna aku takut untuk bersemuka, cuma bercelaru apa tindakannya di waktu kemudian.
Hari demi hari, waktu berlalu pergi. Meninggalkan aku dengan banyak persoalan. Kemungkinan. Adakah Wanie telah melupakan hal tudungnya di tarik? Atau bertindak dalam diam? Sempat juga aku merisik dengan Mizi kalau - kalau ada berita mengenainya. Mizi merupakan rakan kelasnya, dan aku melihat mereka sering juga belajar dalam kumpulan.
Ingin benar di hati sekali lagi berbual dengan Wanie, mana tahu permulaan ini boleh di panjangkan dalam suatu bentuk perhubungan. Perhubungan yang lebih serius. Ah, mana mungkin semudah itu! getus hati yang selalu saja mematikan niat hati yang kian tumbuh mekar hari demi hari.
"Tak cuba, tak tahu.. " Cadang Nasir. Kali kedua Nasir cuba menguji lagak hero ku.
Benar juga. Jikalau tidak di pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Pengalaman pertama mengenal Wanie dengan lagak yang hampir memalukan mungkin boleh menjadi titik mula dalam perhubungan aneh ini.
"Hello.. hai Wanie.."