Cereka Pendek

  • Home
  • Features
    • Shortcodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Seo Service
  • Documentation
  • Download This Template

CATEGORY >

Episod 3

Sungguh pun misi pertama telah berjaya, namun benak hati masih berasa gusar. Bimbang penerimaan Wanie. Gadis yang hampir di malukan. Adakah berat untuk memaafkan, adakah tidak kisah ataupun sebaliknya.


Malu menghimpit rasa. Sesekali terserempak di dewan kuliah, ekor matanya seakan ingin memberitahu sesuatu. Kurang arif menerka. Lirikan senyum yang manis beserta lesung pipit halus membuai perasaan.


Ah, masakan Wanie suka di permainkan sebegitu. Atau sinisnya senyuman itu menghukum perbuatan lalu. Kawan sejolinya juga membisik - bisik, menjadikan diri seperti di hunus ribuan paku tajam. Aku tidak kuat.


Hendak di biarkan, beban yang ku galas, lantaran episod pertama yang membuatkan aku gelisah. Resah. Detik yang di saksikan puluhan mata, menyimpulkan pelbagai tanda tanya. Rugi juga andai aku melepaskan peluang bersemuka dengannya. Gadis manis yang bisa mengocak hati aku tika dia tersenyum gembira.
hati menggelegak

"Hello... ini Wanie?" bicara aku memulakan kata.


"Yea, siapa?..


Hati menggelegak, berbuih - buih menunggu masa menjadi wap. Degupan jantung melampaui kitaran normal. Aneh. Unik. Hanya mendengar suaranya, diriku seakan di langit sana, menggerbangkan sayap, mencari tempat bermalam.


"Err.. saya minta maaf hal tudung tu.. Tak sengaja, kawan tolak saya masa tu..."


"Ohh.... "


Tiba - tiba, Wanie mematikan perbualan. Selang dua minit, telefon ku berbunyi dan Wanie menghantar pesanan.


"Nanti mesej. Puan Hazami dah masuk kelas.."


Potong stim betul la Puan ni, time ni la dia nak masuk kelas pulak.. Memandangkan aku sedang berbaring di dalam bilik petang itu, maknanya aku tak masuk la kelas Fizik Puan Hazami tu... Apa pun, "nanti mesej"!!!
Share on:
Episod 2

Malam itu, terasa sukar melelapkan mata. Detik demi detik, membuai perasaan di bilik kuliah di waktu petangnya. Pandangan tajam si gadis membuatkan aku tergamam. Seakan suatu panahan ke dalam hati ini.


Perasaan bersalah, berselang seli dengan keterujaan untuk mengenali si gadis. Walaupun aku di kira berani menyahut cabaran, tapi dalam etika kehidupan, aku hampir menjatuhkan maruah seorang yang tidak berdosa.


Kaki terasa berat untuk menghayun langkah. Malu jika bertemu semula, tapi aku perlu meminta maaf. Otak sempit ini mula berputar, mencari suatu kesempatan mungkin, untuk memberi keterangan sebenar, sambil itu dapat juga aku berkenalan dengan si gadis.


Hari bersilih ganti, namun peluang untuk menghampiri si gadis itu masih mencemburui aku. Beberapa jalan telah aku lakar, namun semuanya kabur, di tenggelami perasaan ego, malu dan tidak yakin dengan diri.


Namun, dalam kesamaran harapan itu, seolah kembali terang bila aku mengetahui rakan sebilik Nasir merupakan rakan sekelas si gadis. Ibarat mengantuk, di sorongkan bantal. Lantas, aku mencorak satu jalan, supaya niat aku terlaksana jua.

"Mizi, budak 3 orang yang selalu jalan bersama tu budak kelas kau ya?" bicara pembuka kata.


"Kenapa? Berkenan ke? hihi..." jawab Mizi ringkas.


"Bukan macam tu. Aku ada hal nak bincang dengan salah seorang dari bertiga tu. Kau ada nombor telefon budak yang paling cantik antara bertiga tu?"


"Ada. Alah, kalau kau cakap berkenan pun, apa aku kisah. Nah, tapi dia ni garang sikit"


Hati berasa lega. Sekurang - kurangnya, aku ada sesuatu yang membolehkan aku berkomunikasi dengannya, dan yang pasti, sempat untuk aku meminta maaf atas perlakuan aku tempoh hari.


"Ok, terima kasih. Eh, Mizi. Nama apa ek?"


"Wanie."
Share on:
Episod 1

Hujan. Memang mudah untuk fikiran menerawang, hanyut di buai perasaan. Membuka tirai kenangan lama, melondehkan satu persatu, saat indah suka duka diari kehidupan lalu.


Suasana yang dingin, kelam, mengingatkan aku tentang seseorang, yang berada jauh dari pandangan mata dan hati. Seraya, mengimbas kembali detik perkenalan aku dengan Wanie, seorang gadis desa, berlesung pipit di kiri, alis mata yang cantik, dan kehalusan dalam bual bicara.


Pertemuan yang tidak ku duga. Tidak ku jangka. Kehadirannya sebelum ini langsung tidak aku sedari. Detik itu bermula dalam pertengahan tahun 2004, di mana aku sedang menghadiri kuliah Fizik, Dewan Kuliah 2, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

Hari itu, memang berbeza. Bukan kerana itu hari jadi aku. Bukan kerana juga aku menang loteri. Tapi, berbeza kerana kerusi di bahagian hadapan aku berisi. Ada orang duduk. Sedangkan sebelum ini, memang tempat itu di kosongkan, sekaligus menjadi tempat tidur aku, Mus dan Nasir tatkala sesi pengkuliahan terasa amat membosankan.


"Siapa pulak ni, menyibuk je amik tempat kita pula".. soal Mus kehairanan. Pantas, Nasir menjawab,


"Charlie Angels agaknya".. seraya gelak kecil memecah keheningan sementara menanti ketibaan pensyarah.


"Kau berani tak sahut cabaran aku?" soal Nasir.


"Cabaran apa? Kalau setakat minta diorang beredar, boleh je.." aku memberanikan diri.


"Macamana cara kita nak tengok muka diorang? Mana tahu, boleh buat bini.. he he he" balas Nasir bersungguh.


"Alah, buat diorang marah. Mesti diorang berpaling. Tengok la puas - puas muka diorang tu.." jawabku spontan. Entah mana datangnya idea ni, tapi itu merupakan cara terbaik supaya mereka berpaling, menunjukkan wajah masing - masing.


"Kau tarik tudung dia. Aku belanja kau makan tengahari dan malam ni!!" cabar si Nasir.


Mendengar sahaja cabaran itu, lantas aku menyahutnya demi sepinggan nasi berlauk ayam goreng di salut tepung dan rempah rahsia, yang aku akan jamah tengahari ini. Tanpa berlengah, aku menarik tudung milik salah seorang gadis bertiga itu.


Terlebih kuat mungkin, hampir tertanggal tudung yang di sanggul rapi. Maka, dengan rasa marah dan malu agaknya, gadis itu pun berpaling.


"MasyaAllah!!!!!"

Share on:

Blog Cereka Pendek ini merupakan cereka rekaan sahaja. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang sudah meninggal dunia. Jika ada, ia mungkin kebetulan sahaja.

Selamat membaca.

Share on:
  • ← Previous post
  • Next Post →
  • This blog is to provide you with daily outfit ideas and share my personal style.
  • Hi, my name is Padin. Enjoy my blog.
140x140

Padin Rose

Est. 2009
Labels
  • fasa 1
  • fasa 2
  • Introduction
  • perkenalan
  • pertemuan
  • sitemap

Something

Blog ini rekaan semata - mata tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Jika ada, ia secara kebetulan sahaja

Blog Archive

  • ►  2015 (2)
    • ►  December (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2013 (1)
    • ►  September (1)
  • ►  2012 (1)
    • ►  June (1)
  • ►  2011 (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2010 (5)
    • ▼  November (4)
      • Ep.3 Suara Pertamanya
      • Ep.2 Misi Pertama Yang Berjaya
      • Ep.1 Detik Itu Bermula
      • Siapa Sayang Siapa
    • ►  July (1)

About Cereka Pendek

Cereka Pendek mengisahkan cerita rekaan pendek la. Kalau panjang, bukan panggil pendek dah, ekekee... Kena baca entri sebelumnya baru la paham apa rangka isi Cereka Pendek ini... Sekian, hahahh
cuba
cuba
cuba

This blog is to provide you with daily outfit ideas and share my personal style. This is a super clean and elegant WordPress theme for every bloggers. Theme is perfect for sharing all sorts of media online. Photos, videos, quotes, links... etc.

Facebook Twitter Flickr Linkedin Gplus Youtube
Powered by Blogger.
  • Home
Created By SoraTemplates | Distributed By MyBloggerThemes