Cereka Pendek

  • Home
  • Features
    • Shortcodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Seo Service
  • Documentation
  • Download This Template

CATEGORY >

Episod 10
Imbas Kembali


Hampir 15 minit juga aku menelan leteran dan nasihat. Tanpa skrip di tangan. Tanpa ada waktu berhenti seketika. Dan akhirnya aku bersetuju menghadirkan diri ke setiap kuliah yang telah dijadualkan.

Tiba - tiba, lamunan aku dikejutkan oleh suara garau, membunuh cebisan kenangan yang rancak memercik satu persatu ke ruang legar memori.

"Bang, kami nak tutup kedai dah. Kalau nak berangan lagi, esok bolehlah.."

Entah bila waktu dan ketika, mereka mengemaskan meja dan kerusi, tetapi hakikatnya meja yang aku singgah itulah yang terakhir untuk dikemaskan. 

"Kalau macam ni gaya, asyik terhenti je boleh jadi sampai 100 episod cereka ni tak berkesudahan". Getus hati kecil mengutuk diri sendiri.

Malam makin larut.
Malam makin hening.

Di tempat beradu, aku kembali menghidupkan lembaran kenangan yang dibunuh oleh suara garau peniaga di kedai makan tadi. Perjanjian yang sudah dipersetujui perlu ditunaikan. Aku merajinkan diri hadir ke setiap kuliah sepertimana yang tercetak.



"Datang kuliah, tapi tidur juga...!!" 

Penegasan itu seolah Wanie tidak berpuas hati dengan apa yang aku persetujui. Barangkali dia tidak memahami aku cuma setuju hadir ke kuliah, tetapi bukan untuk tidak tidur semasa kuliah.

"Dah dekat nak exam ni, awak taknak study ke? Kita buat study group?"

Wanie memberi idea. Memberi motivasi. Memberi dorongan. Namun, pada waktu itu, aku hanya mampu memberi ungkapan,

"Saya confirmkan esok eh..."
Share on:
Episod 9

Hubungan aku bersama Wanie kian akrab. Seolah keserasian itu telah lama wujud. Saling bertukar cerita, disulam dengan lukisan harapan dan garapan impian waktu mendatang, perhubungan ini tampak meyakinkan.

Kehadiran aku ke kuliah juga seringkali menimbulkan tanda tanya Fauzi, rakan ting-tong tapi rajin setahap berbanding aku.

"Aikk.. Bukan waktu macam ni kau membuta lagi ke?" getus Fauzi.

"Sedangkan pasir boleh berubah, inikan pulak manusia...." jawab aku selamba.

"Pegi mati la kau punya pasir... Ada orang tengah perhati la tu, Pojie!" cantas Nasir.

Jauh di penjuru hati, memang benar apa yang dicanang Nasir. Ada mata yang memerhati. Ada hati yang mengimpi. Ada insan yang mengerti.



"Boleh tak awak bagitau, napa payah sangat aih nak mai kelas?" soal Wanie berkali - kali.

Akhirnya, aku mengalah. "Sebab saya tak paham apa pun cikgu tu ajar. Orang putih! Nak belajar apanya kalau satu habuk pon tak paham dia cakap"

"Lorr, awat tak bagitau.. Saya pon tak paham jugak.. kihkih, tapi saya mai je, dok ingat mak abah kat kampung bagi duit soh belajaq.."

"Takpa lah, awak mai je kuliah.. paham tak paham belakang kira, sian mak pak awak kalau tau awak lagu ni.."

"Depa nak anak depa pandai, belajaq baguih - baguih, la ni awak dok tidoq je kat bilik, nak jadi apa?"

Hampir 15 minit juga aku menelan leteran dan nasihat. Tanpa skrip di tangan. Tanpa ada waktu berhenti seketika. Dan akhirnya aku bersetuju menghadirkan diri ke setiap kuliah yang telah dijadualkan.

Lamunan aku terhenti, apabila tiba - tiba....

Share on:
Episod 8

Suap demi suap, butir nasi di pinggan hampir susut. Denyut bisa sudah berkurang. Jauh di penjuru, aku lihat sepasang kekasih beradu domba. Gelak tawa kadangkala memecah arena. Aku basuh tangan. Kesat tisu. Nyalakan api rokok.

Dalam kabus hembusan, fikiranku kembali menerawang saat hubungan aku dengan Wanie semakin bertaut. Tiada lagi Nasir menemaniku, tiada lagi Wardah di sisi. Hanya aku dan Wanie, meneroka waktu di Kolej yang singkat cuma.

"Kenapa awak jarang datang kuliah ye?" soal Wanie penuh minat.

"Ada je datang, awak yang tak cari saya...." balas aku spontan, sambil memancing drama untuk dapatkan satu jawapan.

"Eleh..buat apa saya nak cari awak? Ntah apa - apa.."



Memang aku dan geng baju kotak bertali leher bintik jarang hadir ke kuliah. Nyaman di bilik lebih kuat memanggil berbanding pendingin hawa di dewan sana.

"Wanie, kalau awak tak cari, macamana awak tau saya tak datang?" bisik ku perlahan.

Drama yang aku reka hampir menjadi. Menerka apa yang ada di lubuk hati Wanie. Menunggu saat ia 
      diluah menjadi kata, 
      diungkap menjadi madah, 
dan....
      dipamer menjadi lukisan.....

"Hei, awak jangan perasan. Pn Hazami umum dalam kelas, awak tak datang kuliah dia 4 minggu dah!"

Cissss!! Pn. Hazami lagi....

Share on:
Episod 7

Aaduhhhhhhhhhh!!!!!!!!! Pinggangku ditikam. Perit benar rasanya. Ibarat berkhatan telah kehabisan biusnya.

"Celaka punya lipan! Kat sini juga kamu hendak melintas ya?!!" Aku marah sambil menghunus senjata di tangan dengan harapan memutuskan nyawa lipan itu. Tetapi, di tangan aku tika itu nyata bukanlah senjata yang dapat memutuskan nyawa binatang berkenaan, kerana ia hanyalah pemotong kuku yang 3 kali ganda lebih kecil berbanding saiz lipan.



Perit di tubuh makin menggila. Binatang yang dicari sudah hilang entah ke mana. Hujan di luar sudah teduh, tetapi suhunya masih menggigit tulang. Dalam keperitan, teringat pesanan ibuku,

"Kalau terkena bisa binatang, lekas minum air. Kalau tak makin berbisa nanti"

Lantas, aku capai secawan air moga bisa itu tidak bertambah lagi.... Aku lihat kamar rakanku sudah gelap, tetapi jam di dinding baru menjengah angka 11.

"Awal lagi...."

Mood untuk menyambung kenangan bersama Wanie 8 tahun lalu aku tangguhkan. Aku hidupkan jentera kudaku, membelah keheningan malam berhenti di Medan Selera, menyuap tangki hidupku.

"Ayam hempuk 1, nasi tambah ye..."
Share on:
Episod 6

Gegaran telefon menggeletek peha. Manusia mana yang membikin onar di saat mata melayan lena. 1 pesanan di terima, dan tika aku membacanya, gelora jiwa ini bercampur samada mahu tersenyum atau mencebik muka.


"Haipp.. Awat tidoq pulak. Bangun. Belajaq!.."


Ada mata memerhatikan gerak tingkahku. Barangkali, ada hati yang merenungku. Bingkas, aku bangun membetulkan postur diri, dan sempat aku menjeling ke arah Wanie di hujung sana. Nyata, lirik senyumnya seolah berkata - kata.


Pertemuan kilat yang dirancang akhirnya berhasil. Petang itu, aku melusuri kolej bersama Wanie, tetapi bertemankan Wardah dan Nasir. Tentangan mata kali pertama membisukan kami, dan aku nyata gugup dalam situasi.

"Nasir ni siapa? Nampak macam rapat,macam dah kenal lama.." Wanie memecah hening.


"Ouh, Nasir ni sepupu saya...Kebetulan kami sama kelas.." Jawabku ringkas.


Langit mula kelam. Masa menginjak dewasa. Burung di langit berterbangan pulang ke sarang. Pertemuan ini harus di tangguhkan dan melihat ia menghampiri penghujung, aku bertanya,


"Wanie, boleh kita jumpa lagi?".....
Share on:
Episod 5

Setelah berhari - hari diri ini di hujani pelbagai rasa, akhirnya ku redah ego untuk mencuba sesuatu yang baru. Merungkai segala teka - teki yang kian lama merunsingkan aku.

Panggilan telefon aku ada tindakbalas. Wanie bercakap seolah tiada apa yang berlaku. Menghela nafas lega, lantas aku memberanikan diri untuk bercakap mengenai perkara lain. Mungkin apa yang di kata Nasir tempoh hari ada betulnya. I can do it!!

"Wanie, boleh kita jumpa petang ni?" cadang aku.

"Nak buat apa?" tindakbalas spontan yang tidak memerlukan daya pemikiran.

Aku kaku. Langkah aku silap. Terlalu awal untuk bersemuka tambahan pula hal yang hampir memalukan itu belum cukup lama untuk di lupa. Aku membatalkan niat untuk berjumpa dengannya petang itu.


Kuliah Fizik terasa lama bersiaran. Maklum saja kelas yang paling tidak di gemari, terasa lambat jam untuk berputar. Mata mula memberi isyarat, badan mula memberat. Aku satukan kerusi demi kerusi - menjadi sebuah pelantar lagaknya. Aku rebahkan badan perlahan lahan....

Tiba - tiba..
Share on:
Episod 4

Mendengar suara pertamanya, aku tergamam. 3 perkataan yang di luahkan amat besar maknanya ketika itu. Dan seperti yang di janjikan, Wanie menghantar khidmat pesanan ringkas kepada aku sebaik kelas tamat.


"Kenapa tak datang kuliah?"


Tatkala aku membaca pesanan ini, tidak tahu samada mahu tergelak, atau berasa gusar. Adakah Wanie ingin membalas dendam di bilik kuliah, ataupun mengambil berat tentang masalah yang aku hadapi? Fikiranku ligat. Mencari suatu jawapan yang setidak - tidaknya boleh menyelamatkan diri dari perkara yang tidak terduga.


"Tertidur tadi..."


"Ceh, tidoq apa? Sebelum kelas boleh pulak call?..."


Arghhh.... Kesilapan yang ketara. Kesilapan yang bukan aku mahukan. Mencari helah bukan bermakna aku takut untuk bersemuka, cuma bercelaru apa tindakannya di waktu kemudian.


Hari demi hari, waktu berlalu pergi. Meninggalkan aku dengan banyak persoalan. Kemungkinan. Adakah Wanie telah melupakan hal tudungnya di tarik? Atau bertindak dalam diam? Sempat juga aku merisik dengan Mizi kalau - kalau ada berita mengenainya. Mizi merupakan rakan kelasnya, dan aku melihat mereka sering juga belajar dalam kumpulan.



Ingin benar di hati sekali lagi berbual dengan Wanie, mana tahu permulaan ini boleh di panjangkan dalam suatu bentuk perhubungan. Perhubungan yang lebih serius. Ah, mana mungkin semudah itu! getus hati yang selalu saja mematikan niat hati yang kian tumbuh mekar hari demi hari.


"Tak cuba, tak tahu.. " Cadang Nasir. Kali kedua Nasir cuba menguji lagak hero ku.


Benar juga. Jikalau tidak di pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Pengalaman pertama mengenal Wanie dengan lagak yang hampir memalukan mungkin boleh menjadi titik mula dalam perhubungan aneh ini.


"Hello.. hai Wanie.."
Share on:
Episod 3

Sungguh pun misi pertama telah berjaya, namun benak hati masih berasa gusar. Bimbang penerimaan Wanie. Gadis yang hampir di malukan. Adakah berat untuk memaafkan, adakah tidak kisah ataupun sebaliknya.


Malu menghimpit rasa. Sesekali terserempak di dewan kuliah, ekor matanya seakan ingin memberitahu sesuatu. Kurang arif menerka. Lirikan senyum yang manis beserta lesung pipit halus membuai perasaan.


Ah, masakan Wanie suka di permainkan sebegitu. Atau sinisnya senyuman itu menghukum perbuatan lalu. Kawan sejolinya juga membisik - bisik, menjadikan diri seperti di hunus ribuan paku tajam. Aku tidak kuat.


Hendak di biarkan, beban yang ku galas, lantaran episod pertama yang membuatkan aku gelisah. Resah. Detik yang di saksikan puluhan mata, menyimpulkan pelbagai tanda tanya. Rugi juga andai aku melepaskan peluang bersemuka dengannya. Gadis manis yang bisa mengocak hati aku tika dia tersenyum gembira.
hati menggelegak

"Hello... ini Wanie?" bicara aku memulakan kata.


"Yea, siapa?..


Hati menggelegak, berbuih - buih menunggu masa menjadi wap. Degupan jantung melampaui kitaran normal. Aneh. Unik. Hanya mendengar suaranya, diriku seakan di langit sana, menggerbangkan sayap, mencari tempat bermalam.


"Err.. saya minta maaf hal tudung tu.. Tak sengaja, kawan tolak saya masa tu..."


"Ohh.... "


Tiba - tiba, Wanie mematikan perbualan. Selang dua minit, telefon ku berbunyi dan Wanie menghantar pesanan.


"Nanti mesej. Puan Hazami dah masuk kelas.."


Potong stim betul la Puan ni, time ni la dia nak masuk kelas pulak.. Memandangkan aku sedang berbaring di dalam bilik petang itu, maknanya aku tak masuk la kelas Fizik Puan Hazami tu... Apa pun, "nanti mesej"!!!
Share on:
Episod 2

Malam itu, terasa sukar melelapkan mata. Detik demi detik, membuai perasaan di bilik kuliah di waktu petangnya. Pandangan tajam si gadis membuatkan aku tergamam. Seakan suatu panahan ke dalam hati ini.


Perasaan bersalah, berselang seli dengan keterujaan untuk mengenali si gadis. Walaupun aku di kira berani menyahut cabaran, tapi dalam etika kehidupan, aku hampir menjatuhkan maruah seorang yang tidak berdosa.


Kaki terasa berat untuk menghayun langkah. Malu jika bertemu semula, tapi aku perlu meminta maaf. Otak sempit ini mula berputar, mencari suatu kesempatan mungkin, untuk memberi keterangan sebenar, sambil itu dapat juga aku berkenalan dengan si gadis.


Hari bersilih ganti, namun peluang untuk menghampiri si gadis itu masih mencemburui aku. Beberapa jalan telah aku lakar, namun semuanya kabur, di tenggelami perasaan ego, malu dan tidak yakin dengan diri.


Namun, dalam kesamaran harapan itu, seolah kembali terang bila aku mengetahui rakan sebilik Nasir merupakan rakan sekelas si gadis. Ibarat mengantuk, di sorongkan bantal. Lantas, aku mencorak satu jalan, supaya niat aku terlaksana jua.

"Mizi, budak 3 orang yang selalu jalan bersama tu budak kelas kau ya?" bicara pembuka kata.


"Kenapa? Berkenan ke? hihi..." jawab Mizi ringkas.


"Bukan macam tu. Aku ada hal nak bincang dengan salah seorang dari bertiga tu. Kau ada nombor telefon budak yang paling cantik antara bertiga tu?"


"Ada. Alah, kalau kau cakap berkenan pun, apa aku kisah. Nah, tapi dia ni garang sikit"


Hati berasa lega. Sekurang - kurangnya, aku ada sesuatu yang membolehkan aku berkomunikasi dengannya, dan yang pasti, sempat untuk aku meminta maaf atas perlakuan aku tempoh hari.


"Ok, terima kasih. Eh, Mizi. Nama apa ek?"


"Wanie."
Share on:
Episod 1

Hujan. Memang mudah untuk fikiran menerawang, hanyut di buai perasaan. Membuka tirai kenangan lama, melondehkan satu persatu, saat indah suka duka diari kehidupan lalu.


Suasana yang dingin, kelam, mengingatkan aku tentang seseorang, yang berada jauh dari pandangan mata dan hati. Seraya, mengimbas kembali detik perkenalan aku dengan Wanie, seorang gadis desa, berlesung pipit di kiri, alis mata yang cantik, dan kehalusan dalam bual bicara.


Pertemuan yang tidak ku duga. Tidak ku jangka. Kehadirannya sebelum ini langsung tidak aku sedari. Detik itu bermula dalam pertengahan tahun 2004, di mana aku sedang menghadiri kuliah Fizik, Dewan Kuliah 2, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

Hari itu, memang berbeza. Bukan kerana itu hari jadi aku. Bukan kerana juga aku menang loteri. Tapi, berbeza kerana kerusi di bahagian hadapan aku berisi. Ada orang duduk. Sedangkan sebelum ini, memang tempat itu di kosongkan, sekaligus menjadi tempat tidur aku, Mus dan Nasir tatkala sesi pengkuliahan terasa amat membosankan.


"Siapa pulak ni, menyibuk je amik tempat kita pula".. soal Mus kehairanan. Pantas, Nasir menjawab,


"Charlie Angels agaknya".. seraya gelak kecil memecah keheningan sementara menanti ketibaan pensyarah.


"Kau berani tak sahut cabaran aku?" soal Nasir.


"Cabaran apa? Kalau setakat minta diorang beredar, boleh je.." aku memberanikan diri.


"Macamana cara kita nak tengok muka diorang? Mana tahu, boleh buat bini.. he he he" balas Nasir bersungguh.


"Alah, buat diorang marah. Mesti diorang berpaling. Tengok la puas - puas muka diorang tu.." jawabku spontan. Entah mana datangnya idea ni, tapi itu merupakan cara terbaik supaya mereka berpaling, menunjukkan wajah masing - masing.


"Kau tarik tudung dia. Aku belanja kau makan tengahari dan malam ni!!" cabar si Nasir.


Mendengar sahaja cabaran itu, lantas aku menyahutnya demi sepinggan nasi berlauk ayam goreng di salut tepung dan rempah rahsia, yang aku akan jamah tengahari ini. Tanpa berlengah, aku menarik tudung milik salah seorang gadis bertiga itu.


Terlebih kuat mungkin, hampir tertanggal tudung yang di sanggul rapi. Maka, dengan rasa marah dan malu agaknya, gadis itu pun berpaling.


"MasyaAllah!!!!!"

Share on:

Blog Cereka Pendek ini merupakan cereka rekaan sahaja. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang sudah meninggal dunia. Jika ada, ia mungkin kebetulan sahaja.

Selamat membaca.

Share on:
Share on:
  • Next Post →
  • This blog is to provide you with daily outfit ideas and share my personal style.
  • Hi, my name is Padin. Enjoy my blog.
140x140

Padin Rose

Est. 2009
Labels
  • fasa 1
  • fasa 2
  • Introduction
  • perkenalan
  • pertemuan
  • sitemap

Something

Blog ini rekaan semata - mata tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Jika ada, ia secara kebetulan sahaja

Blog Archive

  • ▼  2015 (2)
    • ▼  December (1)
      • Ep.10 Study Group
    • ►  July (1)
  • ►  2013 (1)
    • ►  September (1)
  • ►  2012 (1)
    • ►  June (1)
  • ►  2011 (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (5)
    • ►  November (4)
    • ►  July (1)

About Cereka Pendek

Cereka Pendek mengisahkan cerita rekaan pendek la. Kalau panjang, bukan panggil pendek dah, ekekee... Kena baca entri sebelumnya baru la paham apa rangka isi Cereka Pendek ini... Sekian, hahahh
cuba
cuba
cuba

This blog is to provide you with daily outfit ideas and share my personal style. This is a super clean and elegant WordPress theme for every bloggers. Theme is perfect for sharing all sorts of media online. Photos, videos, quotes, links... etc.

Facebook Twitter Flickr Linkedin Gplus Youtube
Powered by Blogger.
  • Home
Created By SoraTemplates | Distributed By MyBloggerThemes